Kalau korang pernah baca pasal entri aku buat 2 bulan lepas - Punca Rasa Rendah Diri - Gigi Jarang
mesti korang dah nampak gigi aku yang macam *tut* tu. Aku tunjuk kiri
kanan depan bawah gigi aku yang jarang. Sebenarnya segan nak tunjuk gigi
tapi demi nak dapatkan rawatan gigi tu, aku redha. Kah!
Dulu
aku pernah pakai braces ataupun dalam bahasa Melayu nya pendakap gigi.
Masalah aku, bila dah cabut 2 batang gigi tepi, gigi yang lain tak mahu
rapat. Sedih aku bila tengok gigi sendiri. Sekarang ni, aku nekad nak
cuba rawatan Invisalign untuk rapatkan balik gigi aku ni.
Aku rasa masih ramai yang tak tahu Invisalign tu apa kan? Kalau sebut braces atau pendakap gigi, memang ramai yang dah tahu. Meh aku cerita sikit pasal Invisalign tu.
Invisalign -
Rawatan untuk meluruskan susunan gigi. Invisalign ni menggunakan satu
set aligner lutsinar dan boleh dicabut. Setiap 2 minggu sekali, korang
akan tukar set aligners yang baru.
Braces vs Invisalign
Braces (Tidak boleh dicabut) | vs | Invisalign (removable) |
Silver besi, boleh dapatkan warna lain dengan bayaran tambahan | Warna | Lutsinar/Tidak kelihatan |
24 jam sehari untuk tempoh anggaran 2 tahun (bergantung kepada individu) | Tempoh masa rawatan | 22-24 jam sehari untuk tempoh masa 6 ke 18 bulan (bergantung kepada individu) |
Anggaran RM3000-RM5000 | Kos | Anggaran RM20 000 |
Sentiasa memberus bracket dan wayar semasa menggosok gigi | Penjagaan | Invisalign Cleaning system, atau memberus dan berkumur dengan air suam |
Setiap bulan | Lawatan Susulan | Tukar aligners setiap 2 minggu (buat sendiri), jumpa dentist setiap 4 atau 6 bulan sekali |
Perlu pakai positioner atau retainer sentiasa, hanya untuk waktu malam | Retainer | Perlu pakai positioner atau retainer sentiasa, hanya untuk waktu malam |
|
Kelebihan |
|
|
Kekurangan |
|
Individu yang selalu terlibat dalam sukan lasak | Tidak sesuai untuk |
Individu dengan:
|
So dah tahu apa beza braces dengan Invisalign? Baru-baru ni aku ada pergi ke klinik gigi dekat Putra Heights untuk buat rawatan Invisalign untuk gigi jarang aku. Nanti aku akan ceritakan dalam entri #MyInvisalignJourney. Nak cerita sekali gus dekat sini panjang lah blog post ni nampak gayanya. Hehehhe. Meh baca first checkup aku untuk rawatan Invisalign ni dekat entri #MyInvisalignJourney: Checkup Pertama Rawatan Invisalign.
0 Comments