Open House Di Tu Dia! Char Kuey Teow

Aku ni sebenarnya tak suka makan char kuey teow sebab aku tengok bentuk dia macam geli. Char kuey teow kan macam lembik-lembik geli sikit kan? Hahahhaa. Tapi, beberapa hari lepas raya hari tu, HaiBlogger! ada buat open house dekat Tu Dia! Char Kuey Teow dannnnn, dah nama nya pun Tu Dia! Char Kuey Teow, mestilah diaorang hidangkan char kuey teow kan. Terpaksalah aku makan.

Tu Dia! Char Kuey Teow
 
And guess what? Char Kuey Teow ni not that bad lah. Sedap rupanya. Hahahha. Krik krik krik sangat. Selama berapa puluh tahun aku hidup, itu first time aku makan char kuey teow dan aku dah menghabiskan sisa hidup aku dengan tak makan char kuey teow. Oh mai, hilang nikmat dunia. *sedih*

Nah aku nak bagi korang meleleh air liur sikit dengan gambar Char Kuey Teow Special Ketam nih.

Tu Dia! Char Kuey Teow

Sebelum makan, baca bismillah. Sebelum baca bismillah, mestilah ambil gambar kan? Hohoho. Hari tu aku bukan setakat ambil gambar sebelum makan je. Siap ambil gambar orang memasak kau. Hahahha semangat tak?

Tu Dia! Char Kuey Teow

Tu dia! Ada telur, ada udang, ada taugeh, ada macam-macam lagi. Yang penting ada ketam ya. Ketam besar kot. Oh, kalau korang nak cuba Tu Dia! Char Kuey Teow ni, korang boleh pergi makan dekat Putra Heights. Kalau guna googlemaps, korang just taip Petron Putra Heights.  Gerai Tu Dia! Char Kuey Teow ada dekat seberang jalan dari Petron tu. Kalau korang nampak ada rumah flat, lepas tu nampak ada khemah-khemah warna biru, ha ye la tu.


Opeh House hari tu bukan setakat makan best je tau. Kiteorang jugak dihiburkan dengan Sakura Band yang perform secara live depan kitaorang. Kalau korang ni jenis tengok drama Melayu dekat TV3 tu, yang cerita Bidadari, ha diaorang lah yang nyanyi lagu tu. Aha, kantoi lah aku pun layan jugak cerita drama Melayu kan? Hahahha.

Sakura Band

Sempoi je dieorang ni nyanyi tepi jalan tepi gerai. Huhuhu. 

Sakura Band

Yang lagi power pasal Open House HaiBlogger! dekat Tu Dia! Char Kuey Teow ni bukan saja ada live performance, makanan sedap dan member-member blogger yang gempak tapi ada live update dari team photographer Reezqi Cinematography lagi. Jangan memain. Gambar-gambar dieorang dah lah cantik-cantik.

Reezqi Cinematography

Tengok-tengok. Dieorang ambil gambar aku dengan Aneeq macam gambar kahwin pulak. Dah la aku memang tengah pakai baju waktu aku bersanding dulu. Hehehhe.

Reezqi Cinematography
 
Ni ha lagi satu. Style kan gambar dia? Kalau korang nak tengok lagi contoh-contoh kerja Reezqi Cinematography ni, korang boleh usha Facebook dan Instagram dieorang. Dalam blog ni of course lah aku tunjuk gambar yang ada muka aku je kan? Hahahahha.




Post a Comment

11 Comments

  1. wah..bestnya g open house..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuh tak banyak pun pergi open house tahun ni normi

      Delete
  2. Salam...
    Singgah pagi di sini..
    kembali BW..=)
    Meriah..nya...

    ReplyDelete
  3. bestnya ... kalau berkesempatan memang terliur nak pergi.Tapi maklumlaa...terikat dengan tanggung jawab ni susah juga nak lari.huhu...tahniah Fadzi dapat join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, ada rezeki nanti boleh join jugak :D

      Delete
  4. Ok...dah lama tak mkn char keuy teow.

    http://alongwawaerna.blogspot.com

    Kita nak jemput join segmen kite. http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak baru first time makan char kuey teow >.<

      Delete
  5. Ok...dah lama tak mkn char keuy teow.

    http://alongwawaerna.blogspot.com

    Kita nak jemput join segmen kite. http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html

    ReplyDelete
  6. Tak kenal maka tak cinta.. bila dh cuba, sedap pulak char kuey teow tu rupanya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyesal tak makan char kuey teow awal-awal dulu halim hahahaa

      Delete