Jadi mak bapak zaman moden ni, rasa macam pening kepala kan nak bagi makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sekarang ni banyak sangat makanan ringan yang tak sihat dan masa untuk kita sediakan sendiri makanan yang bagus untuk anak-anak pulak agak terhad. Oleh itu, kita kena pandai cari makanan yang berkhasiat untuk anak-anak lebih-lebih lagi untuk snek mereka.
Sekarang ni, bila bercakap pasal snek untuk budak-budak, aku dah ada pilihan yang aku rasa memang tepat dan berkhasiat. Nutrio Food baru-baru ni ada mengeluarkan rangkaian snek berupa buah-buahan kering yang dipanggil The Frutzee Family.
The Frutzee Family ni adalah snek buah-buahan yang berkhasiat yang pertama dikeluarkan di pasaran. Yang lain kan macam merapu-rapu je snek dieorang. Snek ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas tapi of course kita still kena jaga-jaga jugak takut tersedak ke ape ke. The Frutzee Family ni ada keluarkan 4 rasa buah iaitu pisang, strawberi, anggur dan epal.
Rasa Frutzee Crispy Apple ni manis-manis masam buah epal. Ada manis sikit, ada masam sikit. Tapi jangan risau. memang dieorang tak tambah apa-apa perisa atau pemanis pun dalam snek ni. Bila pertama kali gigit, rasa ranggup sangat macam makan potato chips.
Kalau korang nak tau macam mana rasa dia, Frutzee Crispy Banana ni sebijik rasa macam pisang goreng. Rasa manis-manis pisang dia memang sedap. Bila gigit rasa ranggup sangat. Antara keempat-empat perisa ni, aku paling suka perisa pisang. Aku rasa korang pun akan suka rasa pisang ni kalau korang kaki makan goreng pisang.
Frutzee Crispy Grape ni rasanya manis-masam jugak. Bentuknya bulat-bulat sebab tidak dipotong atau dipatah-patahkan masa proses pengeringan. So, bentuk dia memang bentuk asal. Bila makan ni, rasa ranggup awal-awal tu tapi lepas tu, aku rasa macam ada yang terlekat dekat gigi. Rasa dia lebih kepada masam anggur. Bila tengok ada nampak macam kacang sikit bentuk dia.
Untuk rasa strawberi ni dieorang ada tambah 2% gula sebab nak seimbangkan rasa masam asli strawberi tu. So, nanti bila korang makan Frutzee Berry ni akan ada rasa masam manis camtu. To be honest, antara keempat-empat perisa ni, yang strawberi ni paling cepat jadi lemau.
Keempat-empat rasa buah ini diperbuat daripada buah asli yang dibekukan dan dikeringkan terus lepas dipetik untuk mengekalkan segala nutrisi dan rasa buah yang sedap. Yang penting, kesemua rasa ini diperbuat tanpa bahan pengawet, tanpa bahan pewarna dan tanpa bahan penambah rasa.
Harga setiap kotak ini RM18.00 dan dalam setiap kotak ada 4 paket kecil. Diaorang buat macam ni sebab buah-buahan kering ni cepat jadi lemau bila terdedah pada udara. Jadi bila dieorang pack kecil-kecil ni, sempat lah kita habiskan satu pack dalam jangka masa yang cukup supaya tidak lemau. Buah-buahan kering ni sedap kalau dimakan waktu dia masih ranggup dan waktu itulah semua khasiatnya masih terkandung dalam buah-buahan tu.
The Frutzee Family ni, korang boleh beli secara online di www.frutzee.my atau www.motherhood.com.my.
Untuk maklumat lanjut pasal The Frutzee Family ni lagi. korang boleh tengok dekat website, Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.
8 Comments
Mkanan aneeq ni😊
ReplyDeleteMacam sedap je fadzi, mesti anak sy suka :)
ReplyDeletekalau cute dan best mcm ni, org dewasa pun rasa nak makan
ReplyDeleteThat's very cute.. :) wanna buy for my little cousin. Hehe
ReplyDeletelooks really nice.. will look it out for my kids.
ReplyDeletethe packaging is attractive enough..hahaha..i'm sure it's a nutritious snacks for the kids.
ReplyDeleteFirst time heard this brand and packaging is cute.. Mesti budak2 suka bila tengok packaging tu.
ReplyDeleteI love freeze dried fruits but have to be mindful as well if not it calories can pile on
ReplyDelete