Pemandangan depan bilik hotel. Bilik ni bercantum dengan bilik sebelah. Kiteorang pilih bilik menghadap pantai dengan satu queen bed dan single bed.
Yang jadi receptionist dekat sini lelaki Melayu. Loghat Terengganu dia memang pekat. Dia ada kereta antik cantik. Tapi aku lupa nak snap gambar. Hehehhe. Layanan okay, mesra je. Kiteorang tanya kedai makan mana best dekat sini. Disebabkan weekdays, so tak banyak kedai yang bukak. Dia rekemen lah beberapa kedai yang boleh pergi. Masa nak check in bilik tu, TV dan kunci bilik ada masalah sikit. So, dia ikut sekali lah sambil tunjuk bilik sambil adjust segala benda yang tak berapa nak elok tu.
Harga Bilik
Bilik yang kiteorang ambil hari tu Family Room je. Harga untuk satu malam RM200 dengan deposit RM50. Harga tu mungkin agak mahal bagi aku tapi boleh lah sebab bilik tu menghadap pantai dan katil pun ada 2 - single dan queen. Overall, harga bilik dekat Cherating memang macam tu kot. Mahal sebab area pantai.

Bilik Hotel
Bilik agak luas dan selesa kalau nak duduk dalam 3 hingga 5 orang. Cuma kena ada tilam tambahan lah. Bila dah check in, korang akan diberi sebakul barang-barang keperluan seperti tuala, sabun mandi, remote TV, remote air condition dan kunci bilik. Ada satu katil single dan satu katil queen. Kiteorang ambil 2 kali macam ni sebab waktu ni kakak aku pun ada join sekali pergi sini.
Dalam bilik ni ada satu televisyen jenis lama dengan remote control, almari tak ada pintu untuk letak barang, air condition dengan remote. Katil semua ada sekali dengan cadar, bantal, selimut. Kipas dan lampu pun ada tapi lampu dia jenis malap je. Kalau nak buat kerja, kurang sesuai kot.
Lantai bilik ni rasa agak melekit dan tak selesa. Tapi aku tak kisah sangat sebab kebanyak hotel yang berdekatan dengan pantai dan guna lantai licin memang macam tu. Lain lah kalau dieorang pakai lantai kayu. Baru selesa.
Tandas Hotel
Ini pulak bilik airnya. Besar jugak. Sinkinya memang buat kukuh betul. Ada disediakan baldi dan jugak cebuk. Bilik air ni separuh batu dan separuh papan.Water flow dekat sinki okay. Cukup kuat.
Sepanjang trip aku, hotel ni satu-satunya hotel yang kiteorang duduk ada bath tub. Sebenarnya tak tahu pun ada bath tub. Kiteorang tak adalah nak mandi bath tub pun. So, tu kiteorang tak kisah sangat. Toilet sini toilet duduk. Ada air panas tapi kena pandai adjust. Bunyi water heater tu agak bising waktu pakai.
Overall, aku rasa Ranting Beach Resort ni hotel di Cherating yang okay lah untuk duduk bersama family. Tak teruk dan tak lah begitu okay. Tapi cukup.
Overall, aku rasa Ranting Beach Resort ni hotel di Cherating yang okay lah untuk duduk bersama family. Tak teruk dan tak lah begitu okay. Tapi cukup.
Petang tu lepas setel check in dan kemas dan buat apa yang patut, kiteorang pun keluar ke pantai nak tengok sunset di Cherating. Sejujurnya, aku rasa pantai dekat Cherating ni tak adalah cantik mana pun. Yang cantiknya sebab air pantai dia jernih dan tak kotor macam sesetengah pantai lain dekat pantai timur ni. Kalau nak ikutkan view dan aliran pantai dia, biasa saja.
Sebelum ni, Aneeq seronok betul dapat main air. Tapi start daripada tragedi jatuh dalam selut dekat Pantai Mersing. Bila sampai dekat Cherating ni, berusaha kiteorang nak bagi dia main air semula. Lama, baru dia selesa nak main air. Kalau tak dia takut sebab fobia jatuh dalam selut hari tu.
Dekat atas bukit tu ada satu resort baru tengah nak naik. Nanti kalau dah siap, memang cantiklah view korang kalau duduk dekat situ. Tinggi atas bukit. Boleh nampak semua benda.
Hari dah senja. langit pun dah mula berubah warna. Air pantai pun dah start sikit-sikit pasang.
Sempat Zul candid gambar aku dengan Aneeq. Tiba-tiba aku rasa gambar ni sangat cantik. Rasa macam ada jiwa gitu hahaha.
Bila makin ke arah senja, makin merah warna langit. Ya Allah, serius cantik sangat waktu ni. Ramai je aku tengok budak-budak datang sini main. Mesti budak-budak yang duduk area sini jugak.
Kusyuk Aneeq main pasir. Waktu kiteorang ambil gambar ni dah nak dekat-dekat masuk waktu Maghrib. Dekat sini kuat jugak dengar orang azan.
Dah penat main pasir pantai petang tadi, Aneeq kusyuk tidur lepas makan malam dekat Restoren Makanan Laut Intan. Pasal makan malam tu aku akan update dekat entry lain nanti.
View depan bilik hotel pada waktu pagi. Disebabkan hari semalamnya kiteorang tak mandi pantai, pagi tu kiteorang mandi pantai awal dalam pukul 8 lebih sampai pukul 11 lebih. Lepas mandi-mandi baru check out dan breakfast. Waktu tu baru aku perasan betapa jernih dan bersihnya air laut Pantai Cherating. Patut lah orang suka datang dekat sini. Memang patut lah Cherating ni jadi salah satu tempat menarik di Pahang ni.
Kalau korang nak datang dekat sini jugak, nah dekat bawah aku bagi alamat dan direction dalam Google Maps.

Alamat & nombor telefon:
Google Maps
Travel tips:
Sebelum pergi sesuatu tempat tu, cari terus beberapa hotel untuk duduk. Lepas tu tengok review dekat TripAdvisor untuk tengok apa review orang pasal hotel tu. Lepas tu baru pilih nak duduk mana.
Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).
1 Comments
Bestnya dapat bercuti dengan family..
ReplyDeleteAM pun dah lama tak bercuti dengan isteri..
Posting terbaru AM
Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini
Ikhlas dari
AlongMisuari.com