Tempat Menarik Johor Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian Johor | Masa mula-mula sampai dekat sini, aku planning nak masuk sini sekejap je sebab well. Ape lah sangat nak buat kan. Main point aku cuma nak masuk dalam dan ambil gambar dekat globe penghujung benua Asia tu je. Pastu balik. Teruk kan? Tapi kan, sebenarnya kan, bila dah masuk sini, mesti korang nak stay lama-lama lagi. Tempat ni sebenarnya best.
Ini pintu masuk dekat Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian Johor. Waktu kitoerang sampai dekat sini dah pukul 12 lebih. Panas lit lit woi. Tapi alang-alang dah sampai, tak kan tak nak masuk pulak kan. Pasal parking dekat sini, korang jangan risau. Banyak dan percuma sahaja. Dekat bahagian luar ni ada gerai kecil-kecil yang jual ais krim, buah-buahan dan minuman. Kalau rasa haus, boleh lah singgah beli kejap sebelum masuk ke dalam.
Ini pulak harga tiket masuk ke Tanjung Piai ni. Untuk bukan warga negara Malaysia pulak harga dia lain sikit. Just make sure sebelum bayar tu, tunjuk IC untuk dapatkan harga warganegara ni. Aneeq masuk free je sebab kecik lagi kan. Ini untungnya kalau anak masih kecil. Kalau bawak ke mana-mana masih percuma masuk.
Sebelum mulakan perjalanan ke dalam hutan bakau ni, kena lah ambil gambar dulu. Kalau ada budak kecik yang aktif, aku sarankan dukung saja lah. Tak payah bagi dieorang jalan sendiri. Sebab jambatan ni kiri kanan dia pasang tiang macam dalam gambar je. Risau jugak kalau terjatuh ke bawah. Waktu berjalan dalam hutan ni, aku rasa macam panas sikit walaupun dah ditutupi oleh hutan. So, better pakai pakaian yang sesuai untuk menyerap peluh kalau nak datang sini okay.
Ada satu tempat dekat jambatan ni, dia buat tangga turun ke bawah. Nama dia Kawasan Siput Berongan. Dekat sini korang boleh turun ke bawah dan tengok secara dekat siput berongan bergerak-gerak dalam cengkerang dia. Dekat sini Aneeq turun ke bawah sebab nak tengok. Aku pun turunlah sekali dengan dia nak jaga supaya tak jatuh. Tapi entah macam mana, kasut dia terlekat antara papan dekat kawasan siput tu. Dah habis terjerlus dalam selut. Kotor habis kasut dia.
Ini jeti memancing tu. kiteorang tak masuk dekat sini sebab air tengah pasang. Jambatan pun melimpah dengan air. Waktu tu kiteorang pakai kasut. Memang tak nak lah basahkan kasut semata-mata nak pergi ke jeti memancing ni.
Tapi, rupa-rupanya tempat Penghujung Benua Besar Asia tu pun air pasang jugak. Tinggi juga air dia. Bawah lutut sikit. Nak tak nak, kiteorang pun tukar selipar, masukkan kasut dalam beg dan redah air pasang ni ke seberang sana. Nasib baik kiteorang memang bawak selipar. Kalau tak memang tak pergi dah. Lantai jalan waktu memang panas. Nak jejak tapak kaki ke atas lantai memang tak sanggup sebab panas.
Aneeq bila dah nampak air, seronok sangat. Main je lah kejenya. Dah tak ingat dah semua benda. Sabo je lah.
Ini lah dia globe Taman Negara Johor Tanjung Piai. The Penghujung Selatan tanah Besar Benua Asia.
Selfie bertiga sikit dekat globe Penghujung Benua Asia ni. Angin dekat sini kuat betul. Tapi panas dia pun panas betul. Better korang bawak topi siap-siap kalau datang ke sini.
Aneeq, seronok kau kan duduk je dalam tu. Tak dek penat-penat nak berjalan. Huhuhuhu.
Ini pulak dekat Menara Pemerhati. Nak naik ke Menara Pemerhati ni kena naik tangga tinggi dan curam. Bahaya sikit lah. Nak kena fokus betul-betul dekat tangga tu. Kalau nak naik tu aku rasa okay sikit. Bila nak turun, hati ni risau sangat takut jatuh. Nasib baik Zul yang dukung Aneeq waktu tu.
Dekat bahagian ni, korang boleh duduk lepak sambil tengok Selat Melaka dan Pulau Kerimon, Indonesia. Dekat sini angin dia fuh, kuat gila tapi rasa sedap lah. Tempat teduh, angin kuat. Hilang terus bau-bau masham kiteorang berpeluh berjalan dalam hutan tadi. Tapi, Aneeq still bau masam. Hahahhaha.
Kecik je tempat ni tapi boleh lah muat dalam 30 orang dalam satu-satu masa. ada bangku yang dibina keliling untuk duduk. Tapi dekat sini tak ada apa sangat yang nak dibuat selain duduk berehat dan tengok pemandangan.
Sebenarnya, banyak gambar yang aku nak tepek dekat entri ni pasal Tanjung Piai tapi aku malas nak edit dan upload. Tapi, serius aku suka tempat ni. Harga tiket masuk dia dah lah murah. Tempat dia memang berbaloi untuk pergi sambil menikmati keindahan hutan dan laut. Tempat ni aku memang rekemen untuk korang pergi kalau datang ke Pontian Johor.
Cumanya aku harap, pihak management bolehlah buat maintenance pada jambatan-jambatan papan yang dah rosak tu. Bukan je merosakkan pemandangan tapi jugak membahayakan pengunjung-pengunjung yang datang. Dan yang agak kecewa sikit, ada jalan yang ditutup sebab jambatan papan tu rosak teruk. Isk, aku nak masuk semua tempat tau. Geram pulak rasa. Apa-apa pun Tanjung Piai ni memang salah satu tempat menarik di Johor yang patut korang lawati.
Sedikit tips sebelum korang datang sini:
1. Tak ada public transport direct ke Tanjung Piai sebab tempat dia macam ke dalam betul. Better sewa kereta atau book teksi awal-awal kalau tak ada kenderaan.
2. Bawak air botol siap-siap sebab dekat dalam hutan tak ada jual air pape. Jalan pulak jauh.
3. Pakai topi untuk elak kepanasan.
4. Pakai kasut yang sesuai untuk berjalan dan bawak spare selipar untuk masuk ke dalam air in case korang datang waktu air pasang.
Okay lah nah, dekat bawah ni aku tepek sekali alamat dan direction dalam Google maps untuk korang senang cari.
Ini pintu masuk dekat Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian Johor. Waktu kitoerang sampai dekat sini dah pukul 12 lebih. Panas lit lit woi. Tapi alang-alang dah sampai, tak kan tak nak masuk pulak kan. Pasal parking dekat sini, korang jangan risau. Banyak dan percuma sahaja. Dekat bahagian luar ni ada gerai kecil-kecil yang jual ais krim, buah-buahan dan minuman. Kalau rasa haus, boleh lah singgah beli kejap sebelum masuk ke dalam.
Ini pulak harga tiket masuk ke Tanjung Piai ni. Untuk bukan warga negara Malaysia pulak harga dia lain sikit. Just make sure sebelum bayar tu, tunjuk IC untuk dapatkan harga warganegara ni. Aneeq masuk free je sebab kecik lagi kan. Ini untungnya kalau anak masih kecil. Kalau bawak ke mana-mana masih percuma masuk.
Sebelum mulakan perjalanan ke dalam hutan bakau ni, kena lah ambil gambar dulu. Kalau ada budak kecik yang aktif, aku sarankan dukung saja lah. Tak payah bagi dieorang jalan sendiri. Sebab jambatan ni kiri kanan dia pasang tiang macam dalam gambar je. Risau jugak kalau terjatuh ke bawah. Waktu berjalan dalam hutan ni, aku rasa macam panas sikit walaupun dah ditutupi oleh hutan. So, better pakai pakaian yang sesuai untuk menyerap peluh kalau nak datang sini okay.
Dekat sini ada beberapa attraction yang korang boleh tengok. Yang pertamanya mestiah Penghujung Tanah Besar Asia ni kan. Dekat sini ada jugak pelantar memancing dan menara pemerhati. Tinggi tu. Sepanjang perjalanan, korang boleh tengok banyak benda bergerak dekat bawah dalam selut. Banyak siput dan ikan belacak dekat sini.
Ini jeti memancing tu. kiteorang tak masuk dekat sini sebab air tengah pasang. Jambatan pun melimpah dengan air. Waktu tu kiteorang pakai kasut. Memang tak nak lah basahkan kasut semata-mata nak pergi ke jeti memancing ni.
Tapi, rupa-rupanya tempat Penghujung Benua Besar Asia tu pun air pasang jugak. Tinggi juga air dia. Bawah lutut sikit. Nak tak nak, kiteorang pun tukar selipar, masukkan kasut dalam beg dan redah air pasang ni ke seberang sana. Nasib baik kiteorang memang bawak selipar. Kalau tak memang tak pergi dah. Lantai jalan waktu memang panas. Nak jejak tapak kaki ke atas lantai memang tak sanggup sebab panas.
Aneeq bila dah nampak air, seronok sangat. Main je lah kejenya. Dah tak ingat dah semua benda. Sabo je lah.
Ini lah dia globe Taman Negara Johor Tanjung Piai. The Penghujung Selatan tanah Besar Benua Asia.
Selfie bertiga sikit dekat globe Penghujung Benua Asia ni. Angin dekat sini kuat betul. Tapi panas dia pun panas betul. Better korang bawak topi siap-siap kalau datang ke sini.
Aneeq, seronok kau kan duduk je dalam tu. Tak dek penat-penat nak berjalan. Huhuhuhu.
Ini pulak dekat Menara Pemerhati. Nak naik ke Menara Pemerhati ni kena naik tangga tinggi dan curam. Bahaya sikit lah. Nak kena fokus betul-betul dekat tangga tu. Kalau nak naik tu aku rasa okay sikit. Bila nak turun, hati ni risau sangat takut jatuh. Nasib baik Zul yang dukung Aneeq waktu tu.
Dekat bahagian ni, korang boleh duduk lepak sambil tengok Selat Melaka dan Pulau Kerimon, Indonesia. Dekat sini angin dia fuh, kuat gila tapi rasa sedap lah. Tempat teduh, angin kuat. Hilang terus bau-bau masham kiteorang berpeluh berjalan dalam hutan tadi. Tapi, Aneeq still bau masam. Hahahhaha.
Kecik je tempat ni tapi boleh lah muat dalam 30 orang dalam satu-satu masa. ada bangku yang dibina keliling untuk duduk. Tapi dekat sini tak ada apa sangat yang nak dibuat selain duduk berehat dan tengok pemandangan.
Sebenarnya, banyak gambar yang aku nak tepek dekat entri ni pasal Tanjung Piai tapi aku malas nak edit dan upload. Tapi, serius aku suka tempat ni. Harga tiket masuk dia dah lah murah. Tempat dia memang berbaloi untuk pergi sambil menikmati keindahan hutan dan laut. Tempat ni aku memang rekemen untuk korang pergi kalau datang ke Pontian Johor.
Cumanya aku harap, pihak management bolehlah buat maintenance pada jambatan-jambatan papan yang dah rosak tu. Bukan je merosakkan pemandangan tapi jugak membahayakan pengunjung-pengunjung yang datang. Dan yang agak kecewa sikit, ada jalan yang ditutup sebab jambatan papan tu rosak teruk. Isk, aku nak masuk semua tempat tau. Geram pulak rasa. Apa-apa pun Tanjung Piai ni memang salah satu tempat menarik di Johor yang patut korang lawati.
Sedikit tips sebelum korang datang sini:
1. Tak ada public transport direct ke Tanjung Piai sebab tempat dia macam ke dalam betul. Better sewa kereta atau book teksi awal-awal kalau tak ada kenderaan.
2. Bawak air botol siap-siap sebab dekat dalam hutan tak ada jual air pape. Jalan pulak jauh.
3. Pakai topi untuk elak kepanasan.
4. Pakai kasut yang sesuai untuk berjalan dan bawak spare selipar untuk masuk ke dalam air in case korang datang waktu air pasang.
Okay lah nah, dekat bawah ni aku tepek sekali alamat dan direction dalam Google maps untuk korang senang cari.
12 Comments
this place looks very easy to travel and not too much hassle for the kids. I like it 😊
ReplyDeletegreat place to visit there.
ReplyDeleteshall tell dear when can go.
this place look fun. sure will listed in must visit if when to Johor.
ReplyDeletenice place! am visiting and stumbled upon this post, very helpful!
ReplyDeleteHave only been to Johor once, didn't know there's this place. I guess I'll be visiting there soon :)
ReplyDeleteNever know about this place in Johor! looks like a cool place to be close with nature
ReplyDeleteI miss nature!! Seriously need to go for a getaway soon from all my work and busy life!!
ReplyDeleteThis place really beautiful and natural. Glad to know Malaysia still have natural places.
ReplyDeleteLooks like such an amazing place to visit... I am embarrassed to say I never been to Taman Negara yet
ReplyDeleteI wish to go there with my kids too! This is nice!
ReplyDeleteSesuai ke kl bawak baby bwh setahun? Tempat jalan kaki dia panas sgt x?
ReplyDeleteHi Anonymous,
DeleteKalau bawak anak bawah setahun tu, better pergi awal pagi atau lewat petang. Start pukul 11 pagi sampai ke 3 4 petang tu dah panas sangat dah rasanye. Kesian dekat baby.
Dan make sure pakaikan baby topi atau alas kepala dan pakaian yang serap peluh dan longgar. Jalan sekejap je dekat sini dah berpeluh. Tapi memang enjoy datang sini.