Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat Johor

Tempat Makan Best Di Batu Pahat Johor Warung Nasi Lemak Cik Chom | Makan malam dengan nasi lemak? Tak ada hal lah. Orang Malaysia makan nasi lemak bila-bila pun boleh kan? Sarapan ke makan tengah hari ke makan malam ke. Semua boleh dengan nasi lemak. Tapi kali ni, aku makam malam dengan nasi lemak yang agak istimewa sikit iaitu Nasi Lemak Cik Chom. Katanya nasi lemak ni glamer jugak dekat Batu Pahat ni dan merupakan salah satu tempat makan yang best di Batu pahat Johor.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Nasi Lemak Siakap (RM17.00)
Hahahha, ini aku yang order. Nasi Lemak Siakap. Gila besar ikan siakap dia. Aku tak tahu lah kalau dalam harga pasaran berapa RM seekor ikan siakap ni. Tapi serius besar betul ikan ni. Dan kalau nak tengok harga dia, macam berbaloi jugak lah kalau korang nak order ni. Aku makan nasi lemak dan ikan ni share dengan Aneeq. Alah, budak kecik mana ada banyak sangat makannya kan. Satu pinggan ni memang kenyang gila. Dalam menu ni korang akan dihidangkan dengan nasi lemak putih, nasi lemak hijau, kacang, ikan bilis, hirisan buah epal, ikan siakap dan sambal. Sambal dia manis-manis sikit dan tak pedas. Ikan siakap dia ranggup di luar, lembut di dalam dan manis rasa isi dia, mesti ikan fresh ni. Ikan dia besar, lebih besar dari tapak tangan aku. Nasi dia biasa-biasa saja macam kedai-kedai biasa yang lain. Istimewanya diaorang ni sebab lauk yang lain daripada yang lain.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Nasi Lemak Sotong King (RM10.00)
Ini Zul nak try. Dia punya sotong goreng tu kan, mak aih. Gedabak betul. Besar tapak tangan aku kot. Bahagian luar dia ranggup dan isi dia pun tak terlalu liat. Nasi dia pun sama lah ada nasi putih dan nasi hijau. Dalam menu ni korang akan dapat side dish yang sama macam menu dekat atas iaitu nasi putih, nasi hijau, sambal, hirisan buah epal, sambal, ikan bilis dan kacang. 


Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Milo Ais Gelas Besar (RM3.50) | Teh O Sejuk Gelas Besar (RM2.50) 
Kalau korang jenis yang bukan minum air banyak-banyak ni. aku rekemen order je lah satu gelas air untuk dua orang. Weh jenuh nak menghabiskan air dalam gelas besar cenggini. Zul minum air teh o ais tu pun separuh je yang habis. Aku kan jenis sayang duit, so aku habiskan je lah air milo aku tu. Air dia rasa macam air biasa dekat kedai lain. Biasa-biasa je.

Untuk order nasi lemak, korang kena beratur di depan kedai. Order dan terus boleh ambil dekat situ. Untuk order air pulak, nanti orang kedai tu akan datang ke meja korang untuk ambil order. Nanti dieorang akan hantar air ke meja korang.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Dekat Nasi Lemak Cik Chom ni korang boleh pilih sama ada nak makan dekat bahagian dalam atau bahagian luar kedai. Tapi aku rekemen better korang pergi makan dekat bahagian luar. Sebabnya dekat bahagian luar lebih sejuk. Tapi kat luar meja plastik dan kerusi biasa saja.


Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor

Kalau belah dalam, kerusi dia kerusi biasa tapi meja ni jenis meja kayu. Besar pulak tu. Tapi yang aku tak berapa suka dekat bahagian dalam ni, lantai dia melekit dan licin. Kalau makan belah dalam ni, korang kena lapis 2 kerusi untuk elakkan terjatuh kalau gerak-gerakkan kerusi masa makan. Lagi satu, dekat belah dalam kedai ni rasa agak berkepam dan panas so macam tak berapa sesuai kalau ada budak-budak kecil yang tak tahan panas.


Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Overall, aku suka makanan yang aku dah cuba dekat sini. Harga berbaloi dengan kuantiti dan rasa makanan. Air gelas besar dia pun harga agak berbaloi dengan saiz gelas. Cumanya aku harap dieorang boleh improve bab lantai licin dan melekit serta suasana panas belah dalam kedai. Nah, kalau korang nak cuba tempat makan best di Batu Pahat Johor ni, aku bagi alamat dan direction guna Google Maps.  

Alamat & nombor telefon:
16, Jalan Kencana 1A/1,Taman Pura Kencana,
83300 Seri Gading, Johor.
012 707 3471

Waktu beroperasi:
Selasa hingga Ahad
(4.30 petang hingga 10.30 malam)

Google Maps:

Travel tips: 
Make sure dalam perjalanan trip korang, ada makanan contohnya roti, biskut dan air dalam bag atau kereta. Just in case korang tak boleh berhenti kereta untuk makan (mungkin sebab jem, sebab tak jumpe kedai makan atau sebagainya) sekurang-kurangnya ada benda untuk  buat alas perut. 

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Post a Comment

9 Comments

  1. mak ain beso siakap tu...1st time dgr menu nasi lemak siakap

    ReplyDelete
  2. serious terliur tgk..Nasi lemak ikan siakap 17 ringgit rasanya dah murah dah tuh..

    ReplyDelete
  3. Nasi hijau..? Rarenya..
    Kenyang perut makan siakap besar tu.

    Nak singgah la ujung tahun ni.. TQ Fadzi for the entry.. :)

    ReplyDelete
  4. Mulanya terbeliak mata gak tengok harga nasi lemak tu tapi berbaloi2 jugak la kan sebab ikan besar gedabak gitu. :d

    ReplyDelete
  5. Thank you for your recommendation. Foods looks delicious even prepared so simple, and the place looks homey. I like it!

    ReplyDelete
  6. These nasi lemak are really expensive compared to my usual nasi lemak at RM1. LOL I guess with fish or squids, these are high class nasi lemak. Yumz.

    ReplyDelete
  7. Ok set. Next time turun selatan kena menyinggah nie. Sangat menggugat keimanan tengok juadah nasi lemak cik chom nie

    ReplyDelete
  8. Never tried eating here before. Will recommend to friends.

    ReplyDelete
  9. memang lauk lain dari yang lain.. :) besarnye ikan, yum yum

    ReplyDelete