Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu | Kalau korang datang ke negeri yang terkenal dengan penyu ni dan tercari-cari tempat menarik di Terengganu untuk dilawati, aku akan rekemen korang untuk pergi ke Street Art Kuala Terengganu yang terletak di Chinatown ni.


Street Art Chinatown Kuala Terengganu
Inilah pintu gerbang Chinatown yang glamer tu. Memang colorful betul pintu gerbang ni. 

Tempat ni lebih kurang macam street art di Ipoh dan Penang. Tapi aku rasa Street Art Kuala Terengganu ni lebih senang nak dicari sebab diaorang ada di mana-mana saja di area Chinatown atau Pekan Cina ni. Masuk satu lorong demi satu lorong, memang penuh dengan mural-mural dan binaan di dinding serta lantai jalan. Setiap lorong tu pulak memang berbeza-beza tema. Menarik betul.


Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Ini dekat Turtle Alley. Ada seekor penyu besar dekat bahagian belakang bangunan lorong ni. 

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Turtle Alley. Dekat lorong ni memang penuh dengan gambar-gambar dan mural penyu. Ada jugak cerita-cerita tentang kenapa tak bagus untuk makan telur penyu dan cerita-cerita yang berkaitan dengan pemuliharaan penyu. 

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Korang boleh nampak mural besar ni masa mula-mula masuk ke dalam Lorong Penyu ni.

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
How cute is this thing! Comel kan mosaic penyu ni. Tak sampai hari nak pijak hahahhaa.

Seingat aku ada lebih kurang 8 lorong yang korang boleh tengok dam setiap lorong tu ada tema masing-masing lah. Nak cari lorong-lorong ni tak susah pun. Lepas jumpa pintu gerbang Chinatown Kuala Terengganu tu, korang masuk je lorong-lorong celah setiap bangunan. Mesti ada jumpa.


Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu


Lorong-Lorong Street Art Chinatown Kuala Terengganu

  • Lorong Warisan Dunia Kg Cina/World Heritage Lane Chinatown
  • Lorong Kenangan Payang/Payang Memory Lane
  • Lorong Mesra Alam/Green Lane
  • Eco Lane
  • Lorong Tauke Wee Sin Hee/Tauke Wee Sin Hee Cultural Lane
  • Seven Wonders Alley
  • Lorong Haji Awang Besar
  • Lorong Penyu/Turtle Alley

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Sebenarnya banyak lagi mural dan street art yang cantik-cantik serta kreatif yang korang boleh jumpa dekat belakang bangunan area Chinatown ni. Bukan setakat dekat celah-celah lorong bangunan je. Belakang dan tepi bangunan pun ada. Cumanya waktu kiteorang pergi hari tu, kiteorang dah agak penat dan hari pun dah nak gelap. So, kiteorang juat tengok-tengok je lah mural-mural lain dari dalam kereta masa drive. Kalau korang nak pergi sini dan ambil gambar setiap tempat, aku cadangkan korang pergi waktu pagi. Banyak sikit masa yang korang boleh spend dan explore semua mural street art yang ada.

Bagi aku, Street Art China Town Kuala Terengganu ni memang salah satu tempat menarik di Terengganu yang korang kena pergi. Bukan je mural dia cantik tapi bangunan-bangunan bercirikan kebudayaan Cina tu memang cantik sangat untuk ditengok. 


Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Alamat: 
Chinatown
20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map

Travel tips: 
Sebelum pergi sesuatu tempat nak korang nak lawati tu, korang cari la tempat exactly dekat mana benda nya. Nanti dah sampai tempat nak pergi tu, tak terkial-kial nak cari. Aku biasa buat research dulu dan biasanya aku akan pakai Google Maps.


Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Post a Comment

1 Comments

  1. Cantiknya.. pantang betul tengok hasil seni nih.. mula teruja semacam je..

    ReplyDelete