Tempat Menarik Kota Bharu - Kampung Kraftangan Kelantan

Tempat Menarik Kota Bharu - Kampung Kraftangan Kelantan | Dalam trip 14 Keliling Semenanjung Malaysia ni, aku rasa Kelantan paling cepat aku redah sebab tak cukup masa. Sampai di Kota Bharu dalam pukul 2 petang dan makan-makan dekat Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lepas tu, elok santai jalan-jalan kejap dekat dalam Kampung Kraftangan Kelantan. Kampung Kraftangan ni salah satu tempat menarik di Kelantan yang korang kena pergi. 


Kampung Kraftangan Kelantan ni memang unik sebenarnya. Kebanyakan binaan dia diperbuat daripada kayu. Bila masuk dekat sini rasa macam duduk dalam zaman dulu-dulu yang mana semua rumah dibina dengna kayu. Dan bumbung pun jenis bumbung zaman-zaman dulu. Memang menarik. Tempatnya pun luas. 


Dekat tengah-tengah Kampung Kraftangan ni ada kolam yang agak besar. Tapi keliling kolam ni memang luas. Bahagian tengah Kampung Kraftangan ni luas sangat dan tak ada bumbung jadi kalau korang datang waktu tengah hari tu, better pakai topi. Atau jalan je bahagian yang berbumbung. 


Rupa kolam dari jarak dekat. Waktu kiteorang jalan-jalan dekat sini memang panas betul sebab hari dah petang, matahari terpacak atas kepala.


Nak tahu kenapa aku kata Kampung Kraftangan Kelantan ni tempat menarik di Kelantan? Sebabnya dekat sini ada macam-macam jenis barang kraftangan yang dijual. Dari keychain, fridge magnet, kerusi kayu, buaian kayu, bubu dan macam-macam lagi benda yang menarik. Kalau korang jenis suka barang-barang kraftangan, boleh lah datang ke sini.  


Kalau korang pergi naik ke tingkat atas Kampung Kraftangan ni, korang boleh jumpa macam-macam kelas yang diadakan contohnya kelas melukis untuk kanak-kanak. Waktu aku pergi tu, tak ada kelas tapi aku selamba je lah masuk ke dalam bilik yang dieorang buat kelas tu. Memang penuh barang-barang lukisan dalam bilik tu. Kalau korang nak hantar anak-anak korang ke kelas melukis, cuba korang contact person in charge dekat Kampung Kraftangan ni. 


Nah, Kampung Kraftangan ni memang sesuai sangat untuk orang-orang yang suka barang kraftangan. Aku yang biasa-biasa je bila tengok barang kraftangan pun berkenan tengok segala benda dekat sini. Nasib baik kena kawal perbelanjaan sebab jauh lagi nak travel ni kalau tak memang banyak nak borong bawak balik. Korang kalau datang ke sini, jangan lupa singgah di tempat menarik di Kelantan ni, Kampung Kraftangan Kota Bharu. Alamat dan direction aku ada letak dekat bawah. 

Alamat & nombor telefon: 
Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Balai Besar
15300 kota Bharu, Kelantan

Google Maps


Travel tips: 
Kalau korang nak pergi ke tempat perlancongna yang agak-agak luas tak ada bumbung atau areanya agak terbuka, better korang pergi waktu awal pagi atau petang bila matahari dah tak terpacak atas kepala. Sakit kepala woo duduk tengah-tengah panas.


Nak baca pasal next trip? Ada 6 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

Post a Comment

3 Comments

  1. Pernah sekali pergi sana untuk buat assignment.hehe

    ReplyDelete
  2. Kelantan pernah sampai masa sekolah rendah kot haha lpastu tak pernah sampai dah.


    blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. ainaa duk klatan pun jrg2 pegi situ. hehe bila nak makan nasi ulam cikgu je bru redah pegi

    ReplyDelete