Muhibbah Makan Place - Food Court Baru Plaza Alam Sentral Shah Alam | Orang Shah Alam mana yang tak pernah jejak kaki ke Plaza Alam Sentral a.k.a PAS? Aku masa study dekat UiTM Shah Alam dulu, tu lah tempat aku cari baju-baju untuk dinner dan tempat aku buat kerja part time masa cuti sem.
Tapi, tu lah. Lepas habis belajar, terus tak jejak kaki dekat situ dah. Teringin jugak nak pergi menggamit memori kahkahkah. Jadi, last week aku pergi lah ke Plaza Alam Sentral Shah Alam tu sebab alang-alang dieorang ada buat launching food court baru dekat situ - Muhibbah Makan Place.
Kalau korang pergi sini, measti korang rasa woahhh! Berubah habis lah tempat ni. Lagi selesa, luas, lebih tersusun, lebih banyak kiosk makanan dan warna pun lebih cerah dan ceria.
Muhibbah Makan Place ni letaknya dekat kawasan food court lama di Plaza Alam Sentral. Di tingkat atas. Kalau naik eskelator, korang boleh terus nampak tanda Medan Selera terpampang besar tu. Kalau naik lif pulak, korang kena jalan jauh sikit ke hujung bangunan.
Aku suka cara susunan food court Muhibbah Makan Place terbaru ni. Kawasan meja dan kerusi tempat makan ada di tengah-tengah kiosk-kiosk makan yang ada. Kiosk untuk minuman pulak ada berjauhan sedikit dengan kiosk makanan. Ada lagi satu kawasan meja dan kerusi makan yang besar di bahagian kanan kiosk minuman. Kuranglah crowded nya nanti.
Dekat Muhibbah Makan Place Plaza Alam Sentral Shah Alam ni ada buah kiosk makanan yang jual macam-macam jenis makanan iaitu Hot Plate, Chicken Rice, Hot Wok, Thai Food, Laksa dan Nasi Kukus.
Dekat Muhibbah Makan Place Plaza Alam Sentral Shah Alam ni ada buah kiosk makanan yang jual macam-macam jenis makanan iaitu Hot Plate, Chicken Rice, Hot Wok, Thai Food, Laksa dan Nasi Kukus.
Ini pulak kiosk Beverage. Kiosk dia agak berjauhan daripada kiosk-kiosk makanan dan bentuknya membulat macam ni. Kalau korang nak tau, kiosk ni agak besar dan kawsan sekeliling nya lapang tak ada meja atau kerusi yang terlalu dekat. Bagi aku, ni memang memudahkan dan bagi keselesaan pada korang untuk order dan ambil air korang. Tak ada lah kes terlanggar kerusi atau tertumpah air bagai.
Nak tengok antara menu yang ada dijual dekat Muhibbah Makan Place Plaza Alam Sentral Shah Alam ni?
Kalau korang datang area berdekatan dengan Plaza Alam Sentral Shah Alam, jangan lupa singgah makan dekat Muhibbah Makan Place ni. Banyak pilihan makanan dan tempatnya selesa. Portion makanan pun banyak, cukup untuk korang kenyang. Harganya pulak memang berbaloi dengan apa yang korang order. So, datang lah sini untuk menikmati makanan dengna harga yang berpatutan dan mengenyangkan.
Nak tengok antara menu yang ada dijual dekat Muhibbah Makan Place Plaza Alam Sentral Shah Alam ni?
Asam Laksa
Siapa yang tercari-cari mana nak cari asam laksa tu, boleh la datang ke sini. Portion dia don't worry. Cukup untuk korang kenyang.
Khap Pao Chicken Rice With Egg
Nampak simple tapi portion menu ni banyak. Sesuai sangat kalau korang ni jenis yang tak boleh lepas dari makan nasi.
Laksa Kari
Nampak menyelerakan kan? Aku bukanlah peminat laksa tapi bila tenogk ni, nampak sedap pulak.
Sizzling Lamb Rice With Egg
Yang ni aku tak cuba. Aku tangkap gambar je. Tak tahu rasa macam mana tapi kalau korang minat sizzling, boleh lah kalau nak cuba order yang ni.
Sate Ayam
Masa hari launching tu, sate ayam ni kiteorang dapat free je sebab hari tu memang ada beberapa menu yang dieorang buat free flow - sate, kambing, cendol dan rojak. Isi ayam ni banyak. Makan satu pun okay dah. Tapi, aku of course lah nak makan banyak-banyak kan. Hoihohoho.
Maggi Kari Ketam
Ini apa yang aku makan hari tu. Ketam seekor dia besar. Portion maggi dia pun banyak sangat. Aku rasa dieorang masak pakai 2 pek maggi kot. Bila makan serius kenyang. Kuah dia pun boleh tahan sedap, tak pekat sangat tapi tak cair sangat. Masin masam pedas dia semua cukup. Yang ni order dekat kiosk How Wok. Cuma satu je lah, makan ketam dekat luar leceh sikit sebab takut kotor baju ke tudung kan. Kalau korang jenis tak kisah, korang boleh lah cuba yang ni.Kalau korang datang area berdekatan dengan Plaza Alam Sentral Shah Alam, jangan lupa singgah makan dekat Muhibbah Makan Place ni. Banyak pilihan makanan dan tempatnya selesa. Portion makanan pun banyak, cukup untuk korang kenyang. Harganya pulak memang berbaloi dengan apa yang korang order. So, datang lah sini untuk menikmati makanan dengna harga yang berpatutan dan mengenyangkan.
0 Comments