Walk-In Register Dan First Check Up Bersalin Di Avisena Specialist Hospital | Setelah 33 minggu berfikir nak bersalin kali kedua dekat mana, akhirnya Fadzi dan Zul setuju untuk pilih Avisena Specialist Hospital.
Antara sebab kenapa kiteorang pilih Avisena Specialist Hospital sebagai tempat untuk bersalin nanti adalah:
- Dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki pun boleh.
- Boleh pilih doktor perempuan. Kiteorang pilih Dr Mazita Mashor.
- Suami boleh teman masuk dalam labour room. First time Zul nak merasa.
- Bilik single. Boleh lah Zul dan Mak teman Fadzi masa warded.
- Zul mampu dan nak bagi wife dia rasa selesa sikit.
Okay, sekarang Fadzi nak cerita pasal kiteorang register dekat sini pulak. Sebenarnya pagi tu, Fadzi ada check up dekat Klinik Kesihatan Shah Alam. Alang-alang dah habis awal, kiteorang singgah Avisena Specialist Hospital untuk tanya tentang pakej bersalin diaorang.
Masuk-masuk je kiteorang macam blur nak tanya dekat mana. Jadi kiteorang pergi dekat kaunter depan sebelah dengan pintu masuk.
Dekat situ Zul yang mula tanya. Jujur Fadzi cakap kalau bab bab berurusan dengan kaunter ni, Fadzi jenis pemalu sikit. Jadi, Zul terpaksalah tanya.
Staff tu kata pakej bersalin masih dalam semakan. Jadi tak ada pamplet ke ape ke. Dia cuma boleh bagitau mulut je.
Pakej Bersalin Di Avisena Specialist Hospital
Dekat bawah ni Fadzi tulis pakej bersalin dekat sini.
Bersalin Normal - bermula RM4500
Bersalin Caesarean - bermula RM9750
Kedua-dua harga ni dah termasuk dengan harga bilik single, yuran konsultan, makanan, pemeriksaan neonatal, ubat-ubatan, pemeriksaan pendengaran untuk bayi, suntikan BCG, Vitamin K Dan Vaksin untuk bayi, lawatan ke rumah selepas bersalin dan stokin TED untuk bersalin Caesarean.
Kalau korang bersalin secara normal, korang kena warded 2 hari 1 malam. Untuk bersalin secara Caesarean pulak, korang kena warded 3 hari 2 malam.
Incase ada complication lain pada mak atau anak (termasuk demam kuning), itu cas lain pulak lah.
Daftar Bersalin Di Avisena Specialist Hospital Secara Walk-In
Kalau korang nak pilih doktor, better korang datang atau call dulu untuk buat appointment. Sebab nak kena tengok jugak availability doktor yang korang nak tu.
Kalau nak jugak datang register secara walk in macam Fadzi, korang boleh pilih doktor yang available hari itu saja lah. Dan doktor tu akan attend korang untuk setiap check up dan waktu bersalin nanti.
Dekat Avisena Specialist Hospital ni, ada beberapa doktor yang korang boleh pilih iaitu:
- Dr Norleen Mohd Salleh
- Dr Fairuz A'shikin Abd Kadir
- Dato' Dr Zamri Abdul Rahim
- Dr Mazita Mashor
- Dr Nor Azhana Mohamad
- Mej (Rtd) Dr Thaneemalai Jeganathan
- Dr Jumeah Shamsudin
Disebabkan Fadzi dah masuk 33 minggu dan kalau nak tunggu doktor lain yang available, takut terberanak dulu, Fadzi gamble je la nak register secara walk in. Kalau ikutkan Fadzi nak pilih Dr Norleen atau Dr Fairuz.
Tapi disebabkan tarikh diaorang available agak lambat lagi dan Fadzi pun dah 33 minggu, Fadzi pilih Dr Mazita yang available hari tu jugak.
Mula-mula sekali, Fadzi pergi naik ke tingkat 1, jalan terus lepas lift ada taman dan nampak Daily Fresh Cafe. Bila nampak Daily Fresh Cafe tu, pusing kiri dan nampaklah bahagian Obstetrics and Gynecology Avisena Specialist Hospital ni.
Kiteorang pun masuk situ. Fadzi terus pergi ke kaunter untuk pendaftaran tapi semua staff dekat situ sibuk. Ada layan patient, ada buat kerja dekat PC dan ada yang tengah discuss sama sendiri. Fadzi buat rilek je la dulu tunggu dieorang lengang sikit sambil berdiri depan kaunter tu sampai ada sorang staff tanya Fadzi.
Fadzi pun jawab lah first time datang register. Rupanya staff pertama yang Fadzi jumpa dekat level bawah tadi dah bagitau dieorang pasal Fadzi. So, dieorang bagi borang suruh isi.
Dah siap isi 2 borang, Fadzi pulangkan semula dekat kaunter. Dan kemudian Fadzi diminta untuk duduk dulu. Sambil sambil tunggu tu, Fadzi duk melayan Aneeq main kereta.
First Check Up Bersalin Di Avisena Specialist Hospital
Tak lama lepas tu, nama Fadzi kena panggil. Mula-mula kena timbang berat. Minggu ke 33, berat Fadzi 61kg.
Lepas tu dieorang bagi urine test strip. Fadzi kena pergi toilet dan dan kencing dengan urine test strip tu. Lepas tu masuk kan dalam ziplock bag kecil dan hantar semula ke bahagian Obygyn tadi.
Kan senang macam tu. Result boleh tau terus. Tak payah kencing dalam cawan pastu hantar makmal macam dekat Klinik Kesihatan.
Lepas tu Fadzi duduk semula tunggu nama kena panggil sekali lagi untuk check tekanan darah pulak. Dah habis ketiga-tiga ujian tu, Fadzi tunggu turn untuk jumpa dengan Dr Mazita pulak.
Fadzi sampai dekat Avisena Specialist Hospital dalam pukul 10 pagi. Tanya pasal pakej, register dan ujian itu ini sampailah turn Fadzi jumpa Dr Mazita dalam pukul 11.50 pagi. Not bad lah waiting time dia.
Zul tak sempat nak join masuk sekali sebab dia dah kena kerja. Biasanya kalau Fadzi ada check up dekat Klinik Kesihatan, dia akan ambil half day untuk jaga Aneeq then sambung work from home je. Pukul 12 dah kena masuk kerja.
Jadi, sorang-sorang lah Fadzi masuk jumpa Dr Mazita. Awal awal masuk bagi salam semua, macam seram jugak sebab sebelum ni ada survey kawan Zul pernah bersalin dekat sini. Dia kata Dr Mazita strict sikit. Tapi bila Fadzi jumpa face to face, Dr Mazita ni fun sangat.
Hilang semua rasa seram, segan, nervous tu. Duduk je Dr Mazita hulur tangan salam. Dia pun minta buku pink. Fadzi pun bagi dia buku pink. Fadzi ada cakap baru je balik dari klinik kesihatan tadi.
Dia pun cakap kalau dah pergi Klinik Kesihatan hari ni, tak perlu dah datang sini sebab check up sama je. Tapi Fadzi bagitau lah yang kiteorang nak register bersalin dekat sini. Takut lambat-lambat sangat, tak ada doktor available pulak.
Dia ok je tapi kesian kat Fadzi kot sebab penat check up sana sini.
Waktu ni dia tanya la history anak pertama. Ada masalah ke masa pregnant dan masa bersalin. Fadzi pun cerita je apa apa yang Fadzi ingat. Tapi serius best bila bercakap dengan Dr Mazita ni. Tak tau kenapa. Maybe sebab dia jenis mesra kot.
Lepas habis tanya-tanya, Dr Mazita pun suruh Fadzi baring untuk check baby. Buat scan lah. Dr Mazita cakap perut Fadzi kecil walaupun dah 33 minggu. Kehkehkeh. Semua orang cakap macam tu.
Tapi dari apa yang Dr Mazita scan, semua okay je. Perut Fadzi nampak kecil sebab nipis katanya. Baby tak adalah kecil mana. Berat pun dah 2kg.
Waktu tu adalah Fadzi cakap jugak, dah 2 kali scan dekat Klinik Kesihatan tapi baby sorok jantina. Terus Dr Mazita tanya, nak tau jantina tak. Eh mestilah nak kan.
Bila Fadzi cakap nak dan dan terus baby tunjuk scrotum dia. Hahahha. Sabar je la. Sebelum ni sorok sangat. So baby nombor 2 is a boy lagi.
A bit dissappointed sebab Fadzi mengharapkan baby girl. Instinct pun kata baby girl sebab asyik nak makan benda manis manis, lebih selesa makan seafood dari ayam dan daging semua.
Tapi Fadzi terima saja rezeki Allah. Rasa berdosa kejap masa terasa kecewa sikit waktu tu. Ya Allah maafkan aku.
Bila dah habis scan, Dr Mazita tanya ada apa apa soalan nak tanya. Fadzi waktu tu agak blur. So tak ada soalan pun yang terlintas dekat fikiran. So cakap je tak ada.
Dr Mazita Mashor
And nampak Dr macam a bit rushing sebab ada patient nak bersalin dah waktu tu. So Fadzi pun ucap terima kasih dan keluar bilik.
Lepas keluar bilik, Fadzi tunggu lama sikit untuk nak dapatkan date appointment kedua dengan Dr Mazita. Dah setel semua, Fadzi pergi ke GL Processing kaunter untuk pembayaran sebab tak ada ubat. Kalau ada ubat, kena bayar dekat bahagian farmasi dekat bawah.
Total untuk first check up termasuk admin fee, test dan consultation adalah RM225.35. berbeza kan dengan Klinik Kesihatan yang free. If only boleh dapat servis macam dekat Avisena dengan harga Klinik Kesihatan seronoknya rasa. Hehehhehe.
So dah setel walk in registration dan first check up dekat Avisena Specialist Hospital. Nanti Fadzi cerita lagi untuk next appointment, insyaAllah.
36 Comments
CT rasa harga tu berpatutan dan if mampu apa salahnya kan. semoga dipermudahkan urusan Mommy Fadzi. take care =D
ReplyDeleteThank you CT. Huaaa tak lama dah ni. Tak ingat dah macam mana rasa sakittu
Deletebestnya.hehehe.tapi amni paling suka tang cek urine pakai strip je.xyah kencing dalam bekas mcm dkt KK tu.leceh je kan hahaha.xpe fadzi,boy pun boy lah hehehe
ReplyDeletehttp://ibupantang.com
Hehehhe bersyukur dapat anak lagi tak kisah lah laki ke perempuan ke kan
DeleteWah, bagusla tempat ni..mana yang terbaik buat fadzi..aslalkan fadzi dan baby selamat ..hehee..kita baca ni ,macam kita pulak tengah preg..hehe
ReplyDeleteAip nak pregnant lagi ke nad hahahahha
DeleteBestnya nak dapat baby. Alhamdulillah rezeki dapat bersalin dekat tempat yang selesa. Yang penting.. Suami boleh teman masa nak bersalin nanti.
ReplyDeleteItulah. Teringin nak husband masuk masa bersalin nanti
Deletewah bestnya dpt utk bersalin kt swasta ni.. lebih terjamin dan selesa tp duit tu kne ada la kan.. hehehe.. cre dorg layan dan appointment pon ok je.... mesti rmi dh bersalin kt sini..
ReplyDeleteLebih selesa insyaAllah. Harap semua okay je aminnnn
DeleteKerap juga hospital ni tukar nama kan. Sebelum ni DEMC. dah ramai orang kenal. sekarang dah jadi avicenna aka ibnu sina dalam bahasa arabnya
ReplyDeleteHaah, katanya rebranding sebab diaorang nak bukak cawangan luar selangor
DeleteTahniah Fadzi tak lama dah tu. Mana-mana tempat bersalin pun ok yang penting kita rasa selesa kan. Semoga dipermudahkan semuanya nanti ye
ReplyDeleteInsyaAllah harap semua okay. Terima kasih :D
DeleteWah pilih Avisena ye..lawa kan hospital ni..takpelah berbayar sket, janji puas hati..welcome to the club, "mak pak anak dua2 boy"! hehe
ReplyDeleteHahahha tak ready nak jaga 3 orang baby boy. Termasuklah si ayahnye tu hahahaha
DeleteXpe cuba lagi next utk baby girl.. best jugak Avisena ni erk.. harga pun mcm standard hosp swasta lain.. kak liez doakan awak selamat bersalin dan both sihat... xsbr nak tgk muka bay nnt
ReplyDeleteTerima kasih kak liez. Haaaa, rasa macam dah serik dah nak pregnant lagi hahahah
DeleteWah Tak lama dah aneeq nak dapat adik. Senangnya bersalin depan rumah je nanti.semoga dipermudahkan
ReplyDeleteHehehe nanti nak beranak turun jalan kaki je :D :D
DeleteAM dulu dua2 anak operate.. si kakak ini bersalin xcukup bulan, yg si adik plak terlebih bulan.. hahaha.. mmg indah bila kenangkan time mengandung dan bersalin nie.. indah & manis tiada taranya..
ReplyDeleteSakitnya kena operate. Takut
DeleteWow harganya ! Tp confirm selesa sangat. Soal nyawa isteri dan anak, duit jangan berkira. Betul x ? Plus, servis mmg tip top dekat avisena nie. Hospital dia mmg nampak have2 sangat
ReplyDeleteTengok review banyak okay. Hopefully semua okay je la
Deletewah nampak esklusif hotel ni kan..tapi ramai yang dah bersalin kat sini..rata2 semua puas hati...moga semuanya dipermudahkan ya fadzi
ReplyDeleteInsyAllah harap time saya nanti pun okay jugak. Aminnn. Terima kasih kak ayu
DeleteBagus dapat walk in ke hospital tapi itulah kan. Hospital ni selalu penuh, adik saya kerap juga masuk spital. Bila nak masuk je penuh
ReplyDeleteAlhamdullilah rezeki saya masa walk in tu tak berapa ramai sangat orang.
DeleteHihi..cuba lagi fadzi.
ReplyDeleteAS pun dah 2 hero,akhirnya yang ke 3 berjaya dapat gegirl. Suka tak terkira. Dapat dapat je girl seketoi ni, terus AS pasang implannon straight 3 tahun ahaks. Puas hati nau dah dapat gegirl.
Kalau kata dah serik nak pregnant lagi boleh tak? Hahahahha. Tapi nak baby girl jugak
DeleteWah xlama lgi kan nak bersalin..tc fadzi..semoga dipermudahkan urusan fadzi skeluarga
ReplyDeleteHaah, dah tak lama sanagt dah ni. InsyAllah harap semua okay. Thank youuuuu
DeleteBestnya aneq nak dapat adik. Rindu betul zaman ni..tapi tu lah dah tua dah..haaha. now tunggu cucu pulak
ReplyDeleteDapat cucu lagi best, Boleh spoil kan diaorang. Kalau anak kena garang hehehe
DeleteSemoga dipermudahkan urusan untuk Fadzi bersalin di sana nanti
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih banyak banyak :D
Delete