Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital | Hari semalam Fadzi ada appointment check up pregnancy kedua di Avisena Specialist Hospital pada minggu ke 36. 

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Disebabkan sekarang ni Fadzi dah kena check up setiap minggu, jadi Fadzi buat appointment bergilir seminggu di Klinik Kesihatan dan seminggu lagi dekat Avisena Specialist Hospital. Tujuannya lebih kepada nak jimat duit sebab check up dekat Avisena tu mahal.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Sebenarnya check up Fadzi hari ni 19 September tapi Doktor Mazita minta tukar 18 September. Fadzi okay je lagipun Aneeq pun ada check up 3 tahun 6 bulan dia dekat Klinik Kesihatan. Zul lah yang bawak Aneeq check up dekat Klinik Kesihatan hari semalam. Zul pun setiap kali ada check up Fadzi, dia memang akan mabil cuti half day untuk jaga Aneeq.

Appointment Fadzi start pukul 9.30 pagi. Fadzi pergi dalam 9.15 pagi. Waktu tu Doktor Mazita tak ada dekat klinik sebab tengah attend orang bersalin. Jadi, lepas register, nurse timbang berat, periksa tekanan darah dan minta Fadzi untuk buat ujian air kencing guna urine strip. 

Urine strip

Macam check up first tu jugak lah. Hari ni Fadzi sempat tangkap gambar urine strip sebelum guna untuk tunjuk dekat korang, macam mana bentuk urine strip tu. Memang memudahkan kalau pakai urine strip ni berbanding kencing dalam cawan macam dekat Klinik Kesihatan tu.

Lepas setel semua ujian, nurse minta Fadzi pergi breakfast dulu sebab Doktor Mazita tak datang lagi. Sebab Fadzi dah breakfast semua, Fadzi lepak je dekat klinik tu sambil main phone. 

Sambil-sambil tunggu tu, ada orang daripada Abbot Nutrition datang untuk bagi lebih kurang macam taklimat/ilmu pasal pemakanan semasa mengandung dan menyusu. Banyak lah borak. Fadzi layan kan aja.

Tak lama lepas tu, Doktor Mazita pun sampai masuk bilik. Nurse pun bagi nombor dekat Fadzi. Turn Fadzi nombor 5 jadi tunggu lah sekejap. Tak lama pun setiap orang yang masuk tu. Dalam 15 minit seorang. 

Bila turn Fadzi, Fadzi pun masuk. Macam biasa Doktor Mazita bagi salam dan hulur tangan untuk bersalam. Borak-borak tanya khabar sikit. Lepas tu, scan baby. Dalam scan tu, dah nampak kepala baby dekat bawah tapi masih belum engaged lah.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital
Saja nak cakap, toilet dekat sini besar, luas, bersih dan selesa. Ada je orang datang cuci kejap kejap. Kering pun kering. Selesa lah.

Fadzi ada mengadu jugak lately asyik sakit bahagian peha dan celah kangkang. Doktor kata sebab kepala baby dah dekat bawah, sebab tu rasa sakit macam tu. Setiap kali Fadzi nak bangaun dari duduk atau baring mesti sakit celah peha tu. Kalau nak berdiri pun, tak selesa jugak sebab baby menekan. So, redha jelah dalam beberapa minggu lagi ni.

Oh ye, kali ni check up, Doktor Mazita ambil sample di bahagian bawah untuk check sama ada kuman atau bakteria. Kalau ada, doktor akan bagi rawatan dulu sebelum bersalin supaya tak terjangkit pada baby. Kalau tak ada apa-apa, tak perlu risau lah.

Dari chcek up 2 minggu sebelum ni lagi Doktor Mazita dah cakap untuk minggu ke 36, akan ambil sample di bahagian bawah untuk check ada jangkitan apa-apa atau tidak. So, memang Fadzi dah ready awal-awal dah.

Yang Fadzi suka tentang Doktor Mazita dan nurse di Avisena Specialist Hospital ni, diaorang akan bagitau dulu apa yang diaorang akan buat. Diaorang akan sebut "Maaf Puan, kami nak buat itu ini.."

By right, tu prosedur yang betul lah kan. Tapi Fadzi ada je pengalaman nurse pakai buat je tanpa bagitau apa yang dieorang nak buat. Terkejut lah kita kan, tetiba je dah buat itu ini. Kita tak ready apa-apa. Tapi dekat sini okay. Semua benda diaorang nak start, diaorang akan inform dulu. So, kita boleh ready je lah.

Part ambil sample tu, tak sakit pun. Doktor sapu sikit je. Lepas tu tak ada rasa apa-apa pun. Dah selesai. Result untuk sample tu Doktor Mazita cakap akan dapat dalam masa seminggu. Jadi next appointment boleh tahulah apa keputusannya.

Lepas Doktor Mazita explain sikit itu ini, Fadzi pun tanya sikit soalan, Fadzi pun keluar dari bilik Doktor Mazita. Nurse pun panggil untuk buat appointment next checkup pada 2 Oktober. Itu pun kalau Fadzi tak terberanak lagi lah. Hehehe.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Masa bagi tarikh appointment tu, nurse ada minta Fadzi tinggalkan nama, nombor telefon dan tanda tangan. Fadzi ingatkan kenapa lah kan. Rupanya diaorang ada bagi free gift beg pack. Dalam bag pack tu ada lah beberapa sample barang untuk baby dan mak pregnant.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Antara barang yang ada dalam bag pack free gift tu adalah diaper new born brand Merries 2x2 packs. Diapers new born brand Goon 2x2 packs. 2 sachet susu ibu mengandung brand Similac. Buku The Secret to Parenthood. Magazine Parenthood. Dan bag pack tu daripada Similac. 

Zul beria kata beg tu cantik. Material beg tu pun boleh tahan. Jenis waterproof tapi tekstur macam velvet sikit. Ada 3 poket belah depan satu dan dua dekat belah kiri dan kanan. Poket belah kiri dan kanan tu siap insulated lagi. Jadi kalau nak letak air panas pun, tahan lah jugak. 

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Bila dah ambil free gift tu, Fadzi say thank you dekat nurse dan gerak ke kaunter GL Processing untuk buat pembayaran. Fuh, check up kali ni agak mahal lebih dari kali pertama tu sebab ada tambahan ambil sample tadi.

Total pembayaran check up kedua ini termasuk admin fee, test, disposable items (untuk ambil sample), laboratory charges (untuk result sample), nursing services, consultation dan procedure fee (untuk ambil sample) adalah RM309.15. Pengsannnn.

Harap-harap minggu depan, baby dah boleh keluar dah lah sebab dah cukup 37 minggu. Hahaha. Dah cukup bulan dah tu. Dan dah boleh kurangkan appointment jumpa doktor. Haih Fadzi dah tak lama dah nak bersalin ni korang. Doakan Fadzi ye.

Korang boleh baca jugak:

  

Post a Comment

44 Comments

  1. Hospital avisena nie mmg serba serbi lengkap semuanya. Dan seriously selesa. Tengok sahaja kemudahan yg dorg sediakan utk pesakit yg berkunjung ke situ, semua tiptop. Semoga urusan dipermudahkan ya Fadzi dan kndungan sentiasa sihat 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas hati betul dengan facilities dekat Avisena ni so far. Thank you Zharif

      Delete
  2. hehe..bestnya fasiliti kat sini..even mahal sikit, tapi ok la, banyak benda best dapat..semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki suami ada lebih sikit. Dia belanje la wife die tempat selesa sikit hehehe

      Delete
  3. hehehe,mahal jugak ye fadzi.tapi takpela fadzi,bebraloi dengan servis dan layanan kan.mood ibu mengandung pun happy je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah, mood mak mengandung happy bila check up dekat sini. Hehhehe

      Delete
  4. Bestnya siap dapat backpack untuk barangan kelengkapan baby lagi. Ni first time dengar nama Hospital Avisena ni. Nampak bagus dan selesa. Btw semoga dipermudahkan urusan semasa pregnant sehingga bersalin nanti fadzi . amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Avisena ni sebenarnya nama sebelum ni DEMC

      Delete
  5. Wah siap dapat bag lagi tu. banyak jugak sample2 dia bagi kan. mudah yelah kalau kita suka boleh la beli nanti kan. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau pergi mana mana hospital bersalin swasta memang dapat sample beg. Tapi dalam bentuk macam mana tu depend jugak pada hospital

      Delete
  6. best hospital private ni, layanan pun tiptop kan.. good luck Fadzi, tak lama dah tu.. Nanti wawa menyusul plak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau layanan tak tip top, kene complain sebab berbayar kan. Heheheh Wawa dah ready ke

      Delete
  7. Cantiknya beg tu (f).. bagus tul Hospital Avisena ni. Tapi tu la, harga boleh tahan gak. TApi demi keselesaan apa salahnya kan. APapun semoga dipermudahkan urusan melahirkan. Lama tak jumpa fadzi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugak tak jumpe Dik Beeeeee. Rinduuuuu

      Delete
  8. Mahal kan kos rawatan kat hospital tu. Tapi takpe la sebab layanan dan service nya bagus . Bersih pulak tu, selesa. Berbaloi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah rezeki suami terlebih sikit kali ni. Dia yang offer untuk bersalin dekat Avisena ni. Fadzi lagilah suka sebab tempat best

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki merasa checkup di hospital swasta yang mahal dan dengan peralatan lengkap. doktor pun terlatih. Banyak kurniaan Allah beri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah syukur sangat sangat ibu.

      Delete
  10. Amboi siap dapat bag pack lagi, memang cantik..lps bersalin leh isi barangan baby. Apa2 pun moga di permudahkan segala urusan melahirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh cantik beg tu. Saya suka. InsyaAllah harap semua okay

      Delete
  11. Kalau kepala baby dah ke bawah memang akan sakit celah kelangkang dan peha kan. Nak berjalan pun rasa tak selesa. Baguslah perkhidmatan avisena diorang akan beritahu dulu sebelum nak buat apa apa apda patient. Servis macam nihlah yang kita nak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mimi, dah dalam 2 minggu jugak terasa sakit celah peha ni. So far servis dekat Avisena memang memuaskan

      Delete
  12. Dah masuk anak no 2 ye sis, semoga semuanya lancar dan di permudahkan bersalin. Hospital avisena memang selesa. dah macam hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mama, nak masuk anak kedua dah hehehe. Terima kasih banyak banyak

      Delete
  13. Sebelum ni hospital ni di kenali sebagai demc kan. Tukar nama kepada nama ilmuwan islam kan. Bagus lah tu. Ibu sina memang banyak jasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebelum ni DEMC. Katanya tukar nama sebab nak bukak cawangan dekat negeri lain

      Delete
  14. Wah bagusnya hospital avisena ni erk..beg tu lawa betul..terbekanan pulak kita..adeh..dahla pantang nampak beg baby ni..hahaa..mahal juga checkup dia erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut jugak tengok harga check up dia. Ingatkan dalam RM100-RM200 je huhuhu

      Delete
  15. Wah Kira detik je aneeq nak jadi abang. Tak sangka service dia best semoga dipermudahkan ya

    ReplyDelete
  16. Wahhh, baca perkongsian fadzi pasal pengalaman checkup & persediaan nk bersalin kat hospital swasta ni, terus rasa mcm dh kena start saving dari skrg utk bersalin kat hosp swasta, wpun belum kawen lg haha. Mahal jgk ye. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, prepare je duit awal-awal even tak kawen lagi. Lagi senang hehhe

      Delete
  17. Best pulak baca post akak pasal check up mengandung 😅 tak lama lagi yea, tahniah saya ucapkan! Staff dan doctor dia avisena pun nampak sangat mesra dan ramah pesakit. Takde lah yg jenis suka memerli tu disitu kan, positif2 je ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah sangat nurse dan doktor dekat sini okay je semua setakat ni

      Delete
  18. Wah serba lengkap hospital ni. Memang recommended untuk wanita mengandung lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital dah lama ni. Memang kena lengkap

      Delete
  19. Hehehe!!
    Kita punye date appointment sama lah. Aritu 18/9/2018 juga and next appointment pun 2.10.2018 tapi nurse hospital baru call tukar jadi 3.10.2018 sbb doctor mazita ada kes..alhamdulillah sekarang pn da 36w juga <3 lebih kurang je kita hehehe.. bila baca tersenyum2 saya sebab sama ape yang rasa buat juga masa checkup <3
    semoga urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama pulak kite. Hidayah dah dapat result untuk swap tu ke? Saya dah dapat hari ni

      Delete
    2. dah dapat dah..kena datang hospital and doc bagi ubat makan antibotic untuk 5 days, alhamdulillah skrg da pulih da infection, and minggu lepas checkup pn kena minum air gula..results positif, xde pape masalah.. so x sabar nk checkup 3.10 nanti <3

      Delete
    3. Alhamdullilah. Tak lama dah kan ni. Semoga dipermudahkan urusan hidayah :D

      Delete
    4. sis pun , semoga dipermudahkan semua nya..ameen

      Delete
  20. Mahalnya Fad. Memang pengsan nak bayar ratus2 just for check up. Better gov je. Haha. Ke Fad ada apa2 complication memang kena check up dekat Avisena?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada complication apa pun. Cuma husband nak bagi saya selesa sikit. Hehehee

      Delete
  21. Macam best je check up dekat sini..boleh tahu tak,brp average harga utk monthly checkup fadzi sblom yg 36 weeks ni?

    ReplyDelete